Demonstrasi menunjukkan bagaimana CMD berfungsi menukar sifat air dari asid atau neutral kepada alkali yang lebih diperlukan untuk fungsi tubuh badan. Rajah jadual nilai pH pula menunjukkan bagaimana kealkalian sangat-sangat baik dan diperlukan oleh tubuh manusia.
Jika tubuh menerima mineral secukupnya, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan dan ketahanan anggota terhadap risiko penyakit. Tetapi pada era moden kini gaya hidup telah berubah dan secara amnya kita mengabaikan keperluan mineral terhadap tubuh badan. Kesannya boleh dilihat, rata-rata yang berusia 20-30 tahun berisiko tinggi menghidap penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, stroke dan sebagainya. Tidakkah kita merasa, langkah pencegahan perlu diamalkan kerana isu kesihatan tidak harus di pandang enteng. Adalah lebih baik untuk melaburkan sedikit wang dengan mendapatkan mineral dengan cara mudah dan jimat dari membeli pil-pil vitamin atau ubat-ubatan dengan kos tinggi tanpa mendapat pulangan kesihatan yang sewajarnya.
Bagaimana rasa CMD ?
10 titisan CMD ke dalam 100ml air masak menghasilkan rasa seakan-akan air garam, namun teksturnya masih terkawal dan boleh diterima tubuh kita.
Dr George W Crane menyimpulkan kebocoran mineral boleh membawa kepada masalah kesihatan yang kita hadapi sekarang seperti stroke, migrain, asma, anemis, stress dan masalah jerawat.
Dari mana datangnya sumber mineral?
Kita boleh mendapatkan mineral harian dari sayuran, buah-buahan, bijiran dan sebagainya. Namun kebanyakkan mineral adalah datang dari tanah.
CMD yang terhasil dari Great Salt Lake, Little Valley, Utah mengandungi beberapa jenis makro dan mikro mineral yang penting untuk tubuh badan.
8 jenis makro mineral :
Kalsium, Zink, Iron, Magnesium, Flourida, Sedium, Selenium dan Iodin
68 jenis mikro mineral :
Fosforus, Sulfat, Cesium, Hafnium, Neodymium, Nikel, Ranadium, Pottasium, Silikon dan lain-lain lagi.
